Monday 9 May 2011

.:: MPN datang serang rumah waktu Maghrib! ::.


Al kisah yang manarik berlaku semalam tanggal 8 May 2011.

Lawak gilerrr dowwww~ :D
Macam ni…. Mase tu aku kat rumah… melepak bersama kawan aku Wani ( Hazwani Izzati). Kiteorg lepak sesame la coz malam tu nak g tgk movie sesame kan..
So kiteorang lepak la sampai ke malam. Hubby lak kua dengan kawan-kawan dia.
Maghribnye kiteorg naik bilik la nak mandi dan bersiap-siap. Wani bersiap kat bilik lain. Aku bersiap kat bilik aku lah kan.
Tengah kami bersiap-siap, tiba-tiba ada orang bagi salam. Aku menjenguk la kan kat tingkap.
Kereta wira putih dengan 3 orang lengkap berpakaian seragam? Ape korang pk? Ape korang pk tu tentu2 same dgn ape aku pk.
Dorg nampak aku menjenguk, siap lambai2 suh aku turun. Aku pelik la awat polis datang uma aku? Salah rumah ke? Setahu aku, jiran sebelah aku yg polis. Aku panggil wani…. 
Agaknye care aku panggil mcm gabra je, die kua bilik pun gabra je muka! Kahkahkah!!!!! Hadooiiiiiiiii!!! Aku nak gelak tapi rileks dulu tahan dulu…. Hahaha
Wani jenguk kat tingkap, dan die pun cakap polis. Haa sume gabra! Ape lagi aku call la hubby aku. Suh die balik skang jugak. Dan dia pesan jangan kua rumah. Ok la fine.
Then, si kereta wira putih ni pusing lorong rumah aku kat belakang lak. Tapi die parking kete kat depan sikit dari uma aku. Pastu die ke depan balik. Bongok je si kereta wira putih nih!
Pastu hubby da sampai dengan kawan-kawan die. Dengan sopannya die memperkenalkan diri, “ Encik, saya dari Majlis Perbandaran Nilai. Saya ada menerima aduan mengenai encik ada membuat pembakaran terbuka di belakang rumah”
Aku dengan Wani ni dengar punye la gelak sakan nak mampus dalam rumah. MPN rupenya!! Yang bodoh sangat kau serang  rumah time maghrib dah kenapa????!!! Kau tak reti nak balik tgk anak bini ke? Adoiii!!
Pastu boleh bertelagah dgn hubby lak pasal pembakaran terbuka belakang rumah aku. Haru! Sejak bile lak kiteorg membuat pembakaran secara terbuka??? Hahaha! Serabai!! Siap cakap nak bagi warning jangan buat lagi.
Hubby tak puas hatilah kan so ajak MPN tu tengok sekali kat belakang mana tempat pembakaran tu. Dengan yakinnya, dia berkata “ Saya dah tengok dah. Memang ada kesan pembakaran kat belakang rumah encik”
Hubby cakap, takpe saya nak tengok sebab saya tak tengok lagi.
MPN tu nak tak nak bawak kete pusing belakang rumah.
Bila MPN tu sampai belakang rumah, die tengok tempat pembakaran sampah tu kat belakang rumah orang lain! Malu setepekkkkkk jeee!!!! Hahahaha!!! 
Dah celah mana aku nak buat pembakaran terbuka kalau belakang rumah aku dah ada 2 biji kereta parking situ?? Haiyaaa!!! 
 MPN tolong bukak mata anda besar2 sebelum anda menyerang rumah orang.. lagi-lagi waktu maghrib! 
Bongokkksss!



Friday 1 April 2011

.:: Tido tak cukup atau saje nak mengantuk??? ::.

Aku tatau sama ade title di atas sesuai atau tidak dgn cerita aku kali ini. hahaha! layann....

Hari ni pergi kerja dgn penuh semangat. Kononnya sebab hari ni hari Jumaat.
Cett! Macamlah esok saya cuti.
Esok saya kerja ok, sekian!
Hahaha

Hari ni pergi kerja, siapkan kerja-kerja yang ada.
(sangat tidak suka melihat kertas-kertas yang menyemak di atas tray. Saya suka melihat tray saya kosong. Terima kasih! ;p)

After cash count tadi, tibe2 ada satu perasaan yang aneh datang, perasaan itu hari ni kekal sampai ke petang, sampai habis waktu kerja. Itu adalah perasaan MENGANTUK!!!!!
Menguap dah lebih 10 kali! Oh officemates, please give me some work to do!!! Don’t like to feel sleepy in room with air-cond! Hahaha! For sure aku berjalan banyak kali untuk hilangkan mengantuk. (Jangan tuduh saya mengular. Tolong2, saya hanya ingin menghilangkan rasa mengantuk ;])

After makan2 pun still rase mengantuk, so decide to go out for take cake untuk makan2 di office! Hehe. (rajin nak ambil kek tu sebab nak hilangkan rase mengantuk, nak rase panas matahari sebentar, dan nak mengunyah kat office! Nasiblah mereka masih belum tau tabiat aku yg mencarut nih) ;p

For your info, madam (boss) tak suka her staff keluar2 if dah makan kat café. Haihh? xfaham sgt sebenarnya. But thanks for remind me. Maybe will not happen next time! ;]

Hari ini sangat riuh di rumah. Ini adalah kerana BFF saya lepaking at my house! Oh yeah oh yeah!! ;p
Balik kerja, pg pasar malam!!! (maaf kerana sedang menyusun ayat dengan tatabahasa yg betul)



p/s: macam nak buat bubur kacang hitam je malam ni heheheehee ;p

Thursday 31 March 2011

.:: Nasi lemak punye cerita::.

Semalam dinner Nasi lemak.
Hehehe ;)
Hubby tersangat suka sambal ikan bilis. Alhamdulillah. ;)
Semalam nasi lemak ku dah menjadi sikit… barula terase lemaknya.
So masing-masing tambah 2 kali. Haha!

Jom nak kongsi resepi x? simple je. Main campak2 je. Hehehe.

Bad News : lupe nak amek gambar nasi lemak tuh! :(( sorry friends!

Jom kita masak nasi dulu!
Kita bajet untuk 2-3 org makan ok?

Cara nak masak nasi :

1. Kenalah sediakan bahan-bahan dulu. Hehe. Bahan-bahannya; beras, santan (sy guna santan kotak je), sehelai daun pandan, halia besar 2 jari, bwg merah sebiji, sedikit garam

2. Biasanya beras untuk 2 – 3 orang makan, saya ambil 2 cup skop / cawan beras. Then bilas macam masak nasi biasa.

3. Then masukkan santan. Saya biasa guna santan kotak kecil tu. Senang nak bajet. Hehe. Saya letak separuh dari kotak tu. Hehe. Barulah terasa lemaknya. Then letak garam dalam 2 cubit camtu je, taburkan halia dan bawang merah yg telah dihiris. Daun pandan jangan lupa masukkan sekali.

4. Then, masaklah! Tunggu smp siap. Naik bau satu dapur! Hehe (kalau dapur rumah anda kecil ye!)



So nasi dah tau masak, jom buat sambal ikan bilis…. Hehe

Bahan-bahannya:

Cili kering yang telah dikisar
Bawang merah, bawang putih, halia yang telah dikisar
Garam
Gula
Asam keping
Ikan bilis yang telah digoreng

1. Tumis dulu bahan-bahan yang telah dikisar (saya tumis dalam sejam lebih atas api kecil, baru sedap – kalau nak sedap buat 5 jam hahaha)

2. Then masukkan asam keping. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

3. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng tu masukkan je..

4. Gaul dan angkat! Siap! ;)

Goreng telur nak kena ajar ke? Hahahaha!!!

So selamat mencuba ya!!! ;)

Monday 21 March 2011

.:: Move + got new work = tooooo bzzzzz ::.

aduhai...
penuh sawang dah blog aku ni..
hehehe...
disebabkan terlalu bz..
sangat2 la bz..
at the same time, after kahwin mcm2 hal berlaku.. ;)


now, dah ok sikit ;)
then aku bz hal lain lak.
kes pindah rumah.
adoii ni mmg meletihkan yang teramat.
imagine la 2minggu dah pindah pun belum setel.


the best part which i rreally hate is; toilet master room bocor. abes siling basah. tula orang dah cakap awal2 mase masuk rumah kat owner, tak caye.
ha nanti datang tgk sendiri ok! ngeng toll!

paling memenatkan ialah;

pada masa yang sama kami bz pindah rumah angkat barang sume, got call for interview. ok fine go lah. mane tau ade rezeki dapat..dahla dekat dgn uma. ehekks!

Alhamdulillah dapat. :D

Hubby pun seronok, at least TAK TERPUKANG DEPAN TV ARI2 hahahhaa!! ;p

tapi amatlah memenatkan bekerja dalam mase rumah belum berkemas. :((

dahla berdua je.. haihhhhhh...



Alhamdulillah skang sume da settle ;)



dah jadi rutin harian (be a good wife):
* every morning make hot milo / hot tea, roti bakar for breakfast with hubby ;)
* every morning sidai kain dulu before go to work (always pray janganla hujan) heheheh ;)
* balik kerja je, prepare for dinner ;p
* malam2 sikit lipat kain, iron baju hehe ;p
* tapi kena remind for myself, during weekdays CANNOT PLAYING GAMES OK! ~ini disebabkn hari sabtu main games since afternoon till 3.05am xsedar!!!!!! hubby bising!! hahahah! sorry sayang! ;p

nanti2lah update gambar yummy lah! aiyakk kemera hilang entah ke mane.. sob sob sob :(

yummy berperangai pelik bila masuk rumah baru. so we all decide kurung dia on weekdays, weekend baru lepas ;) bile lepas lari pusing satu rumah.

x boleh bla nye, lari laju sangat sampai langgar sliding door!!!! hahahahahhahaa!!!!

gelak sakan aku!!!! hubby marah! ooppssss!!! ;p

p/s: to my lovely sis, along too bz got no enough time to update blog and photoes. later will teach u how to create a blog alrite.. muah muah ;]

Thursday 13 January 2011

.:: Dana Karangkraf ::.

Saja boring-boring, saya baca megazine Remaja keluaran Januari 2011.

Ada lah sedikit info yang boleh saya share dengan korang.

Karangkraf ada menyediakan dana bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat Diploma & Ijazah. (institusi pengajian tinggi terpilih)

Jom kita tengok apa kelayakan pemohon yang digariskan.

Antaranya:

  • · Warganegara Malaysia dan berumur kurang dari 25 tahun (sape yg dah lbh 25 tu, jgnlah nak apply yer. Hhehe)
  • · Keputusan cemerlang dalam SPM (min 8 kepujian), STPM/matrikulasi/Diploma atau yg setara dengannya mencapai sekurang-kurang CGPA 3.00
  • · Aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikum
  • · Fasih bertutur dan boleh menulis dengan baik dalam bahasa Inggeris
  • · Tidak terikat dengan sebarang biasiswa atau pinjaman pendidikan dari organisasi lain

Cara nak memohonnya pulak :

Korang hendaklah memuat turun BORANG PERMOHONAN melalui laman web Karangkraf.

Korang boleh klik kat sini ok! KARANGKRAF

Permohonan adalah terbuka sepanjang tahun. Kemasukan pelajar bergantung kepada institusi pengajian tinggi berkenaan:

  • · Kolej universiti SEGi (SEGi College)
  • · Universiti Tun Abdul Razak ( Unirazak)
  • · Universiti Industri Selangor (Unisel)

So, kepada sesiapa yang nak sambung belajar, korang boleh cuba apply dana dari karangkraf nih! ;)

.:: Nak membebel pasal make up! ::.

Korang suka makeup tak? Mestilah suka kan? Tipulah tak suka! Semua orang suka cantik! Betul tak? melainkan kalau ada “male readers” , maybe lah tak suka makeup! Hhihihi ;p

Ramai antara kita yang kaki makeup ni suka mengabaikan pelembab muka & foundation.

Saya nasihatkan, tolonglah, janganlah!! Sayangilah kulit anda!!! Pakailah pelembab dulu sebelum mengenakan sebarang makeup! Janganlah malas…rosak kulit muka tu nanti. Tak kesahlah pelembab muka tu mahal ke murah, janji kena pakai dulu sebelum makeup. Fair & Lovely ke, SKII ke, Dior ke, Sheseido ke, Syahirah ke janji pakai ok! ;)

Pelembab ni betul-betul protect kulit kita dari kering tau! So janganlah abaikan ok. Nanti kulit Nampak tua, jangan salahkan makeup tak betul lak. Hehe ;p

Kan dah panjang dengar saya membebel. Suka ke dengar saya membebel? Kalau korang dengar betul-betul, confirm korang tututp telinga korang! Itu saya pasti! ;] hahahaha

Lagi satu perkara penting, adalah bedak asas (Foundation). Aiyooo!!! Tau tak bedak asas ni sebenarnya bagus? Janganlah jadi malas ye? Kalau hari-hari apply kat muka, lama-lama tak rasa pun rumit atau leceh pakai bedak asas ni tau. (tapi janganlah nak pergi kedai cina apek mata sepet pun nak pakai foundation! Oooppss!!! Hehehe ;p)

---------------------------------------------------------------

Banyak tau manfaatnya kalau pakai bedak asas ni. Antara manfaat-manfaatnya adalah:

  • · Melindungi kulit korang daripada pancaran UV tau. Penting! Takdelah muka kita Nampak burn je bila tak makeup ;)
  • · Dah pakai bedak asas ni, bila kita apply bedak, Nampak lagi menyerlah tau. Nampak licin dan kemas je skin kita ;)
  • · Makeup tahan lama la sikit kalau nak dibandingkan tak pakai bedak asas
  • · Tahu tak korang, bedak asas ni melindungi kulit kita dari bahan-bahan kimia yang terdapat dalam bahan-bahan solekan yang lain. So, kena pakai ok? Hehehe
  • · Dah banyak peningkatan dalam proses pembuatan bedak asas ni. Ianya dapat memelihara kelembutan kulit muka kita tau

“renungkanlah dan selamat beramal!”


Sumber gambar dari:

* Google

* GincooMerah

.:: DemaM AJL25 melanda!!! ::.

Confirm2 ramai yang tak menyangka Ana Raffali Berjaya pada malam AJL25 kan kan? Mesti dalam pemikiran korang, Faizal Tahir, Black atau Yuna kan? Same goes to me. Hhehehe.

Apa-apa pun tahniah kepada Ana Raffali yang telah menjuarai AJL25! Persembahan anda pun comel2 je! Saya suka! ;)

Korang teruja tak tengok persembahan Faizal Tahir – Hanyut? Walaweh…. Mmg salute la dengan Faizal Tahir. Persembahan beliau memang WOW! Beliau sangat kreatif dalam membentuk persembahan beliau kan! Mantap nokk!! ;) part jatuh dalam air tuh, wow! Berapa kali dia rehearsal jatuh dalam air tu yek? Relax je boleh sambung nyanyi.. kalau saya, semput dulu lah. Hehe ;p

Tapi, persembahan yang saya tunggu-tunggu adalah persembahan Dato Siti Nurhaliza! I’m adore her! ;) WOW Superb!!! Dah lama sangat-sangat tak tengok Dato Siti buat persembahan lagu-lagu etnik kreatif! So sweet she was dancing!! Beliau menari dengan lenggang-lenggoknya. OMG! She’s beautiful isn’t she? One more thing, saya sangat2 suka baju yang dia pakai! Awesome!

She's my Idol! ;)

p/s: sorry guys, saya begitu teruja melihat beliau membuat persembahan ;)

sumber gambar dari:
* Google Malaysia
* iAwani
* Budiey

.:: Pembukaan 2011 : Inilah Yummy saya!! ::.

Sepanjang masa sentiasa bercerita tentang Yummy kan?
Tapi tak pernah saya tunjuk bagaimana rupanya kan?
Haaa…. Sebagai pembukaan tahun 2011, saya nak kongsi dengan korang Yummy saya!
Hehe nanti komen2 la ok!
Enjoy the photos! ;)

One more thing, Yummy saya cerdik tau!
Ha.. dia suka sangat main gulungan kertas. Hehe. Kalau kita baling gulungan kertas tu jauh-jauh, dia akan kejar amek gulungan kertas tu bagi kita balik! Pandai kan? Hehehe ;p


ha nak tau tak ni Yummy tido kat mana? dia tido belakang bontot encik suami.
hahaha!! kang kena kentut kang mesti bangun terlompat! hahaha!! ;p
encik suami, jangan marah ye, saya sayang kamu! ;)
__________________________________



tengoklah camane die tido. Hihihi
Tengok tangan die. kelako kan! ;)
__________________________________


here is my Yummy! ;)


________________________________________________________________________
p/s: korang nak tau tak sempena apa nama kucing saya nih? Sempena nama kawan baik saya yang hilang tak lama dulu, skang dia dah kembali. ;)

Wednesday 22 December 2010

.:: Makeup Class ::.

Jom join kelas make up!!!
sila view Aina Magical Touch ;)




.::Kisah Yummy lagi!::.

20 December 2010

Hari ni walaupun agak bosan keseorang di rumah, tapi melayan gelagat Yummy ni, terhibur jua.
Hehe ;]

Pukul 8 pagi tadi, lepas hantar suami kat ERL Salak Tinggi, sy terlena di depan tv. Lupa nak bagi Yummy makan. Dia datang ngaco saya tido. Haihhhh, ‘ apa lah yg Yummy ni nak ntah?

Ooooppss, lupa nak bagi makan. Patutlah’ saya pun bagila dia makan.

Then, sambung tido. Tak sampai 10 minit lelap, dia datang kaco lagi. Kali ni siap jilat2 pipi nih. ‘ape lagi Yummy nih nak? Haihh!’ saya tarik selimut sampai ke muka, Yummy meraba2 smp ke muka. Ayaakkkkkk!! Gue mau tidur lah Yummy! Pelik sesgt tau.

Ingat2 balik, saya bagi dia makan sikit je tadi. Ok lah, try bagi makan lagi. Rupa2nya dia lapar. Laju gile die makan! Cehh!! Hmmm, sekarang tak boleh bagi Yummy makan sikit2 macam dulu. Kuat makan dah skang nih. Huhu.

Hari nih, perancangan nak tengok wayang kat Alamanda. Call hubby minta izin, dia tak bagi.. haihh.. risau la tu kite sorang2 hehehe ;p lebiu sayang!!

Tapi boring ahh dok uma tak buat ape.. adoiii. Plan nak hias cage Yummy, tapi mood tak sampai lagi. Hhehe ;p tengah cari idea macamane nak hias cage Yummy nih. ;D

Lepas Yummy penat main lari2 turun naik tangga, dia merengek kat tepi saya ni. Ngaco orang tgk tv lah! Gosok2 la badan dia, terlelap. Haihhh! Manje betul sekarang!!

Tgk la gamba dia tidur. (setelah di angkat tidur atas sofa, tadi dia tido celah ketiak, sensored nak amek gamba) haha!! ;D
________________________________________________________________

p/s : betul ke fakta kucing boleh menyebabkan perempuan sukar mengandung? –belum dapat kepastian lagi




Sunday 19 December 2010

.:: Takde keje cari keje ::.

10 December 2010


Hari ni aku bawak Yummy pergi Pet Shop. Dia bersin-bersin, pastu bulu die gugur. Sian die.. tak sehat nih.. mase bawak die inject, die deam je. Tak macam kucing-kucing lain, bising gile!!

Good girl yummy!! ;p

Skang pun die tido je. Sakit kot lepas kene injection tu. Tadi aku hadiahkan rumah baru. Hehehe. Yummy da besar skang. Kena bagi rumah baru yg die selesa sikit. Hehehe. At least die bebas sikit nak bergerak kat dalam rumah baru die tu. Hehehe

Kat rumah ni banyak gile barang2 terbuang mase buat hantaran dulu. Ade jugak aku hias lawa2 rumah baru Yummy nih. Hehe. Tunggu nanti mood aku sampai, aku hias lawa-lawa rumah kau Yummy!! Hehehe! ;p

Selepas 10 minit, (mcm dalam drama lak hahaha!!)

Haaaa, idea da datang ni nak hias rumah baru Yummy! Hehehe! Nak buat tema hitam + pink. Ok tak? Hahahaha!!!! :D

Nanti da balik dari kuantan, aku hias lama-lawa rumah kau Yummy! Tunggu k!! siap tempat tido lagi nanti tau!!! Ehehehe ;] mesti Yummy suke punye!!

" tapi perlu ke aku hias sampai macam nih??.... haihhhh"

Aku balik kuantan hari ni. Ade job makeup orang. ;]

Esok 11 Dec – makeup tunang di IM14

Next week 18 Dec – makeup tunang BFF ;]

Rajin-rajin lah view my blog lagi satu k? hehe ;]
Aina Magical Touch
_______________________________________________________________
p/s : menunggu gambar makeup party dari BFF (sabs) – mek Fuzz! Ggrrrrrrr!!!

Thursday 9 December 2010

Nak study ape yekkk??

Hmmmm…
So boring.
Tatau nak buat ape.
Huhuuhu..
Lately, after hubby got offer from his friend to work with him, I am feel lonely.
Hmmm, I knew hubby do all this for us. But sometimes I feel so lonely.


Never mind lah, maybe I terlalu memikir. Huhuhu. ;/
Sebagai isteri, kena doakan yang terbaik, bagi semangat untuk hubby.
Kan kan??


Tu la kite nak keje, sayang tak kasi. Adoi.
Kalau I keje tak de la terasa sangat bosan duduk rumah sorang2.hehehe


So, skang I dah ade plan for myself.
I nak cari tempat2 kursus or smbg study. Hahaha
Ok tak? Kekeke ;p
I nak sambung study…tapi bukan degree ke phd ke wakakaka!!!
I nak pergi cari tempat belajar bidang yang I suka, yang I impikan sangat akan jadi kenyataan kelak.
Doa-doa moga Berjaya.. amin.
By the way, sekarang I tengah mencari tempat utk I ambil kursus-kursus spt facial muka, rambut etc.
Sekarang nak cari tempat terbaik. Rasenya kena start research. I thought want to start from Mara. Is it ok?
Any opinion guys?
Share with me… ;]




Married Already! :D

Waaaaa!!!
Lame gile tak update blog..
Since before im married, takde mase langsung nak update blog. Heheh

Hmm…
Nak cite sal ape ekk..
Pasal kawin la! Hehehe ;p
Before kawin, bz gile buat sume bende. Dgn masalah yang pelbagai dtg tibe2 lagi..
Aduiiii dugaan betul.

Alhamdulillah now da selamat nikah. Ekekeke!

Thanks pada umi yang banyak gile tolong dr A sampai Z. hehe sayang umi sesgt. Thanx kepada abah yang uruskan segala hal catering. hehehe ;] Thanks kepada sedare2 yang hadir ke majlis, yang banyak menolong.. Yang tolong buat sireh junjung. Hehe Kepada tetamu yang hadir, thanx bebanyak and so sorry dari pihak kami kalau ade kekurangan dari pihak kami.

Thanx Ex-kpm yang sudi hadir dari jauh memeriahkan majlis, Ex-Sabs, Ex- Panglima tq sesgt ok!!!

Lepas kawin ni, Alhamdulillah ade rezeki sikit2.. Amin.

Suami pun banyak terima tawaran kerja. Syukur. Rezeki utk anak kot. Ekeke! ;p

Jom enjoy the photos!!! Muahhxx!!!




with my baby!!! ;]

Oloololollo.. heheheheh ;p
gambar usang ;p
i love candid! ;D
with my hubby ;D my love one!


Thursday 28 October 2010

.:: Pertemuan yang Ditunggu-tunggu ::.

Tanggal 26 December 2010

26 hb, ari Selasa baru la saya balik ke kuantan. So deal dgn Beliau nak jumpa malam tu. Aiyak, berdebor2 mcm nak jumpa kekasih hati. Hahaha!!

‘Dia memang kekasih hati saya’ ;]

Saya pun bersiap-siapla, sambil2 pk ape respons bila jmpe Beliau nnti. Hehe ;]
‘ah kompom selok nangeh. Baik pakai bedak waterproof! Nasib ade beli bedak waterproof!’ ;p
Dan pertemuan ini juga adalah kali pertama beliau yg bawak kete. Jangan main die, cilok2 je main kona2! Hahaha! ;]

Kan betul apa yang disangka, kompom selok nangeh nyeee… hmmmm, biarlah saye dgn die tau ape yg terjadi mase pertemuan tu. Hehe. Yang kelakor, lame gile berasmaradana dalam kete depan umoh. Hahaha! Mu ni kan yya, sokmo wat saye gelok.. tgh nak cite ni pun gelok sorang2 guane nak taip nih hahaha!!!!
Pahtu die bawok je kete takde hale tuju. Suke2 die kona sane sini. Kelakor la mu yya. Ehehehe!!! Dah lame saye dok gini. Sengih sorang, ketawe sorang bile tingat kenangan2 kite. Hehe.
Then, lepak la tc. Abeh cite, dea tak sabo nok benti katenye. Hehe. Beli aiskrim mcd sundae strawberry. Then kiteorang duduk berdua, meluah perasaan bercerita smp kol 12. Rase sekejap je kan? Hehe. Kita ketawa dok ingat dunia kan yya.!!! Lantok g la orang cakap ape pon kan.. hahaha!!! Kelako2! Masuk kete sejuk paropp!! Cakap pun menggigil hahaha!!!
Dalam kete pun da slow bercakap coz tekak kering tak minum air langsung! Hahahahaha!!!!!!
Teringat reaksi yya bile langgor lubang, hahaha!!! Kelakor!!! Buat saye ketawe sorang bile ingt. Semangat tutup pipi sebeloh hahaha!! Yya2!! Rindu awk yya…
Sebelum balik, sy dgn yya berjanji.. tanak dah gaduh lame gini..saket rase. Ape2 bawak berbincang. Ok deal die pun berjanji ;]

thanx coz forgive me, what I did to u..
Saya sentiasa ingat awak yya, tak pernah lupa. Kalau ingat, saya menangis sorang diri. Teringat janji2 awak yya. Teringat gelak tawa kite berdua yya, kelako kan… hehe. Ingatlah yya, smp bile2 pun takde sape dpt ganti awk dlm hidup sy. Sy sahabat suka duka sy yya.

________________________________________________________________________________
notakaki : khas untuk dia ;]

.:: Dugaan Datang Sedebuk Tapi Ada Hikmah Di Sebaliknya ::.


Tanggal 24 December 2010

Terlalu risaukan tunang yang menyepikan diri, saya tekad untuk naik KL bersama sahabat saya Fuzz. Dalam bas, saya meluahkan perasaan kat Fuzz, yang saya selalu mimpikan sahabat baik saya yang dah lama saya tak jumpa, tak bertegur akibat salah faham maybe. Saya meluahkan Fuzz menenangkan. Hehe. Tq Fuzz for being with me.

Atas nasihat Fuzz, saya pun cuba menaip msg untuk hantar kat beliau. Hehe. (aku tau ayat aku tak betul)

“Salam. Hye awak. Apa khabar? Maafkan saya atas segalanya. Saya mengalah. Saya nak bagitau saya dah nak kawin. 6 Nov ni. Saya harap awak ada masa saya kawin nanti. Saya rindu awk sangat2. Take care. Salam.” (lbh kurang camni la ayat aku)

Boleh lak suh Fuzz check ayat dulu ok ke tak. Haha!
Fuzz kate, “Ok, hantar jela. Jangan mengharap ape2. Ingat, salah seorang kena mengalah.”

“Nak anta ke? Macam takut tak dapat respons yg aku tunggu je.”

Fuzz kate, “ Anta jela!”

“Yela aku anta”

Tunggu punya tunggu, tak dapat respons pun. Hampa. Then check kat sent messages, PENDING!
‘Maybe da tukar no kot’ Sedapkan hati sendiri.

Dah sampai Bukit Jalil, menunggu buah hati pengarang jantung ni, sesat lak. So tunggu dalam kete Fuzz dulu dgn Megat.

Tit tit!

Bace…bace berulang kali. Kelakor kan? Rasenya ade la dalam 10 kali ulang bace msg tu. Haha!
Air mata mengalir. Tak sangka langsung Beliau reply msg saya! Mmg tak sangka!
Sebab msg tu Pending!
Bace lagi. Hahaha!!!

“ Ok na..same goes to me. Sy maafkan dari dulu lagi, tak pernah berdendam, dan saya tak pernah lupa awak tak pernah lupa kenangan2 kita. Sy tau awk nak kawin da na, saya harapkan kebahagiaan je untuk awk. Sy pun minta maaf atas segala2nya. Sy rindu awk sgt2 jugak na. ok insyaAllah sy dtg. Tima kasih naa ingat sy lagi…”

~~dah lame tak dengar orang panggil saye naa~~ ^_^

See..mengalir lagi air mata nih.. hehe ;]

Tak sabar nak jumpa dia. Dalam mase yang same, berdebar2 nak jumpe die. Tak senang duduk. Tak lena tido. Nak tido, bace lagi msg die. Hehe ;]
Suke!
Gembira!
Sedih!
Berdebar2!
;)

Jumpa buah hati, say sorry what ive done to him. Pastu trus cite pasal ni balik. Sorry sayang. Excited. Tatau nak cite kat sape dulu. Hehe.

Menangis2 cite kat buah hati. Buah hati dengar sambil usap2 kepala. ;]
________________________________________________________________

Notakaki: tajuk mcm takde kene mengena dgn cite nih. Haha! Maybe yg tersirat tu ada. Biarlah menjadi rahsia. ;]


Wednesday 20 October 2010

.: Masa berlalu begitu pantas ::.

Salam readers, ;]

macam-macam perasaan timbul dalam diri ini. ya Tuhan, tenangkanlah hambaMu ini setenang-tenangnya....


.:: Penat ::.

Assalamualaikum readers. wahh bersawang sudah blog ku ini... rasenye terlalu lame tak mengemas apatah lagi menjenguk blog kesayangan ni. maafkan saye ye blog ;]
masa berlalu terlalu pantas. terlalu banyak perkara dalam fikiran saya ni, sampaikan tak tertanggung rasanya beban di kepala. Kadang-kadang ada rasa terkilan, saya terasa keseorangan. Tapi saya sedapkan hati dan berfikir positif. Then saya ok. yang penting, saya kena tahu cara untuk happykan diri saya. Tq Allah ;]
Sejak akhir-akhir ni, saya terlalu penat, penat dengan segalanya, keadaan sekeliling and everything. tak tahulah macamana nak luahkan. saya cume tahu saya terlalu PENAT.
Penat dengan segala-galanya.


Sunday 29 August 2010

Doa-doa Selepas Solat



Doa Ringkas Selepas Solat



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

______________________________________________________

Sumber dari : http://islam2u.bumicyber.org
*** Renung-renungkan da nselamat beramal. Semoga kehidupan hari ini adalah lebih baik dari semalam. Semoga kehidupan kita sentiasa dirahmatiNya. Amin


Keadilan Allah ke aas kaum Lelaki dan Perempuan

Lelaki


Lelaki bujang menanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin menanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN???

Hukum menjelaskan anak lelaki bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya, maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua.Berlainan kepada perempuan , perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Sekiranya seorang isteri berbuat baik kepada suaminya maka pahala akan dapat kepadanya dan jikalau berbuat yang tidak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri namun tidak bagi seorang isteri walaupun isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanyakan mengenai pendapatan isteri lebih-lebih lagi jika menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Dan jika dilihat banyak lagi amanah dan tanggungjawab yang Allah kurniakan kepada insan yang bernama lelaki, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar si suami. Mengikut kajian yang dilakukan juga,nyawa seorang wanita lebih panjang daripada seorang lelaki, mungkinkah kerana bebanan dan amanah yang dipikul ini begitu berat untuk dilaksanakan? atau mungkin kerana memekikirkan beratnya dosa-dosa yang terpaksa ditanggung.

TETAPI seorang lelaki ada keistimewaan-keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

WANITA


Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat kepada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??


Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampuni ALLAH swt (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
2. isterinya
3. anak perempuannya
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya
2.ayahnya
3. anak lelakinya
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja iaitu dengan :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat kepada suaminya
4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi seorang wanita yang taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH,sayangnya ALLAH pada wanita!

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.

Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya, supaya kelak dapat pulang mengadap Allah swt dalam keadaan istimewa disisiNYA.

_________________________________________________________________
Sumber dari : http://islam2u.bumicyber.org

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 Aku Wanita Biasa. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan